Pages

Monday, October 7, 2013

Pergi II

30 September 2013

Spotting  |  Disebabkan weekend tu aku lupa diri pergi jalan2, now dah keluar spotting balik. Terus jumpa doctor kesayangan minta MC, klinik panel je. Takde buat ultrasound pun sebab doctor dah tau apa masalah aku kan. 


Dr Arifah: Awak nak buat ultrasound ke?  Tak payahlah kan, nanti awak fikir bukan2 pulak. Lagipun next week kan appointment (dgn gynea kat hospital)? 
Dia tanya, dia jawab sendiri..hehe. Terus dia bagi MC 3 hari.

Actually, once ada pendarahan semasa awal2 pregnant kita digalakkan bed rest. Jangan banyak bergerak sebab rahim maybe tak kuat lagi. Tapi petang tu ada hati plak nak masak2, masa pergi kedai beli bahan aku terbeli air kelapa yang dalam botol tu. Tengah cuaca panas memang sedap la minum. Aku taktau pun orang kata rupanya air kelapa tu 'tajam'.


1 October 2013


Bleeding  |  Tak ingat, sebelum atau selepas minum air kelapa tu darah dah mula keluar macam light period, tapi warna coklat cair. Tak sedap hati, terus aku pergi Klinik Pakar dengan my mum. Masa scan, Dr Nora cakap sac tu cantik lagi tapi dia tak nampak fetus echo. Scanner tu tah kenapa tak clear pula walaupun full bladder. Jenuh la duk tahan kencing, pastu perut ditekan2 dengan scanner tu. Kan ke seksa tu?? Haha..Dr Nora pesan, kalau darah keluar banyak lebih baik pergi hospital balik sebab diorang dah follow up dari awal.

Elok je keluar dari klinik nak pergi lunch husband call, bagitahu dia kena extend another 3 months. Tak dapat la transfer ke KL balik macam yang sepatutnya. Sedih sangat tau tak! terus takda selera nak makan, cover je depan my mum. Balik masuk bilik terus nangis. Bayangkan dalam keadaan kita macam ni, duk berjauhan dengan husband, lemahnya rasa. Bila pressure emo dengan husband. 

Tak tahu mana satu penyebab, stress atau air kelapa, darah pun bertambah2 le keluar.




2 October 2013


Cramping  |  Bila darah keluar walaupun tak penuh satu pad, perut dah start rasa cramping kat lower part. Terus pergi Hospital Serdang balik, masuk emergency. Dr Bija Zakaria, MO Gynea keluarkan muncung itik dia tu (taktau apatah nama benda tu) untuk check kat bawah, sakit gile kot! Rasa nak sepak doctor tu pun ada. Huhu. Dia buat camtu untuk tengok pintu rahim dah terbuka ke belum. Masa tu still tertutup lagi. Then check guna Transvaginal scan. Melekat la darah2 kat scanner tu. cakap bentuk sac dah tak cantik. Memang miscarriage. 


Masa kat hospital, macam takde perasaan je dengar news tu. Cakap kat my mum pun macam relax je. Call hubby yang dah tunggu dari awal, dia pun buat decision nak balik time tu juga. Berlari la dia ke airport beli tiket semua. Masa dia dah nak dekat sampai, masa tu la sebak tu rasa. Hati ni macam kosong dah.

Blood Clot  |  Darah makin lama makin banyak. Panty liner pun dah tak boleh nak tampung. Pakai pad pun bertukar2 sekali dengan pantiesnya. Sudahnya suruh my husband beli disposal panties terus. Blood clot pun keluar sekali. Masa ni memang perut sekejap2 rasa cramping tapi tahap boleh tahan lagi.


3 October 2013


Miscarriage  |  Dari tengah malam berulang-alik ke toilet. Darah mengalir tak henti-henti. Banyak duduk kat toilet je main air jirus2 darah yang mengalir. Ibu & hubby dah lena tidur kepenatan. Kita tercongok sorang2 dalam toilet, rasa pening pun ada sebab darah banyak keluar. Takda lagi air mata yang mengalir. Redha dan pasrah dengan ketentuanNya.


3.00 - 4.00am
Perut makin rasa tak selesa. Redha je kalau baby dalam perut ni nak keluar. Sakit yang tak tertahan. Dalam menahan sakit tu pun aku boleh tertidur. Then terjaga dari mimpi yang menyakitkan. Kejut hubby pun dia boleh tertidur sambil urut aku. Aku tau masanya hampir tiba.....

5.30am
Aku bangun lagi ke toilet sebab rasa tak selesa. Bila kita berdiri darah lagi senang keluar. Keluar lagi ketulan2 darah. Toilet pun dah bau hanyir dengan darah tu. Masa nak bersihkan lantai ternampak kantung lebih kurang saiz ibu jari. Saat jasadnya keluar dari rahim ini, pasti rohnya dah sampai ke syurga. Terus kejutkan ibu dan hubby nak tunjukkan benda ni. 

Sayang..


Allah dah tentukan setakat ini je mommy boleh jaga kamu. Mommy takkan lupakan kamu, sayang tetap akan jadi anak mommy yang pertama sampai bila2. Yang pasti bila ada adik2 nanti, dia perlu tahu kewujudan kamu. Maafkan salah silap mommy dan daddy selama mana kami diberi peluang menjaga kamu. Doakan agar kita ditemukan di syurga.

4 October 2013


Pergi  |  Pagi2 lagi dah bangun nak siap hantar hubby ke LCCT. I thought i was strong enough to face the reality alone. Tapi bila nak hantar hubby terus rasa sebak. Sebelum pergi aku suruh hubby tanamkan kantung baby kami. Nak melangkah keluar tanam dia, terus air mata mengalir. Ya Allah, tabahkanlah hatiku mengharungi ujian ini.

Allah takkan uji kita jika Dia tahu kita tak mampu laluinya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi. Semoga kesabaran ini dibalas dengan nikmat di syurga.
Al Fatihah untuk anak mommy di syurga.

No comments:

Post a Comment